5/3/2021 0 Comments Doa Program Anti Dadah
Tarikh: 8 MEI 2013 Masa: 7.40 pagi4.00 petang Tempat: Dewan Tan Sri Mustapha Kamal PENDAHULUAN Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor satu negara.Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan di tahap membimbangkan.Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku di kalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan kini pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah.Di peringkat sekolah rendah kegiatan menghidu gam merupakan penyalahgunaan dadadah kecil yang dilakukan mereka RASIONAL Justeru itu, minggu anti dadah diadakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tidak sihat ini.
Di pihak kementerian sendiri telah menetapkan setiap tahun pada 19 Februari adalah hari dadah. Pelbagai aktiviti dilakukan sempena dengan minggu tersebut MATLAMAT Memberi maklumat dan pendedahan tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada murid - murid Memberi penerangan tentang punca-punca seseorang terlibat dengan dadah Memberi maklumat tentang jenis-jenis dadah sebagai OBJEKTIF Pada akhir program diharap murid akan: Menjauhi diri mereka daripada dadah Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah Mebina ketahanan dan jati diri yang tinggi dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani SASARAN Semua murid - Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) METODOLOGI Pembacaan perutusan dan pelancaran Minggu Anti Dadah Pameran AADK Pertandingan melukis poster Pertandingan mendeklamasikan sajak. PERINGATAN Pihak Pengelola Blog Sekolah dengan tegas mengingatkan kepada semua pengguna blog agar dapat menggunakan blog ini secara beretika. Anda adalah dilarang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai pada ruangan bual santai atau mana-mana ruangan komen atau chat pada laman blog sekolah-sekolah lain. Pelajar yang melakukan kesalahan seperti ini akan diambil tindakan oleh Badan Disiplin Sekolah. SK TAMAN BUNGA RAYA 1 Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Melahirkan murid-murid yang boleh menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira). Memberi peluang dan melahirkan murid-murid yang berbakat serta berpotensi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid, guru dan kakitangan sekolah dan membentuk akhlak mulia warganya. Memastikan kesejahteraan murid, ibu bapa, warga sekolah dan pelanggan terpelihara dalam suasana harmoni bersama masyarakat. Memberi perkhidmatan yang cekap, cepat dan mesra pelanggan. Memastikan setiap arahan Jabatan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia dipatuhi dan dilaksanakan dengan sempurna. Sekolah ini terletak dalam Kompleks Pendidikan Taman Bunga Raya, adalah bersebelahan dengan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1. Kepadatan kelas yang melebihi 50 orang menyebabkan murid-murid tidak begitu selesa belajar di sekolah tersebut. Bangunan sekolah ini mempunyai 4 tingkat dengan reka bentuk baru dan menarik dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan bilik-bilik khas. Sekolah ini juga mempunyai bangunan khas yang sesuai digunakan untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ). Pembinaan sekolah ini menelan belanja hampir RM 8 juta, telah siap dibina pada tahun 2002 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2003. Pentadbiran dan perjalanan sekolah ini kini diterajui oleh En. Mohd. Hasren bin Damiri ( Guru Besar ), dengan 4 orang penolong kanan iaitu En Suhaimi Bin Salleh ( PK Kurikulum), Pn.Hadijah bt Ibrahim ( PK HEM ), Pn Norlizah Bt Razali ( PK Kokurikulum ), Pn Siti Zaleha Bt Ahmad Sahim ( PK Petang ) dan Pn Fauziah binti Amran ( GPK PPKI ).
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |